Untuk makluman: Blog ini bukanlah hak milik Masjid Al Ubudiah Ampang

Monday, June 29, 2009

Sunday, June 28, 2009

Friday, June 26, 2009

KHUTBAH JUMAAT 26 Jun 2009

Khutbah Jumaat Ubudiah 090626



Kesah Zaman Umar Al Khattab


Kesah Pertama (gembala kambing):

Umar telah bertemu dengan seorang hamba yang sedang mengembala kambing tuannya. Umar ingin menguji hamba tersebut dengan menawarkan untuk membeli kambing yang dipeliharanya. Hamba tersebut menyatakan yang ia perlu memberitahu tuannya dahulu jika ada orang yang hendak membeli kambing tersebut.


Umar berkata tuannya tak perlu tahu tentang pembelian kambing tersebut kerana kalau kambing itu dijual sekarang padanya tuannya pun tidak akan tahu kerana dia tiada di situ. Hamba tersebut berkata bahawa walau pun tuannya tak tahu tapi Allah tahu dan ini bukanlah satu kerja yang baik.


Mendengar kata hamba tersebut Umar menitiskan air mata dan telah kemudiannya, membeli hamba tersebut dari tuannya dan memerdekakannya.



Kesah Kedua (Penjual susu):

Umar telah berjalan dan mendengar dialog antara seorang ibu dengan anak perempuannya. Mereka adalah penjual susu.


Ibu tersebut telah mengarahkan anaknya untuk memasukkan sedikit air ke dalam susu sebelum dijual. Anaknya tak setuju kerana perbuatan ini dilarang. Ibunya menyatakan bahawa tiada siapa yang tahu kerana tiada yang nampak perbuatan mereka jika mereka campurkan sedikit air dalam susu tulin yang hendak dijual.


Anaknya menyatakan walaupun orang tak nampak tapi Allah nampak dan ini adalah kerja yang salah.


-------------------------


INILAH TAKWA dan Takwa adalah tajuk Khutbah Jumaat 26 Jun 2009 di Ubudiah Ampang.


Jika tiada takwa maka berlakulah perkara yang tak sihat di masyarakat kita termasuk penyeleweng, pecah amanah, politik wang, kecuaian tugas, pembunuhan, rompakan, rasuah dan sebagainya, semuanya perkara yang dilarang Allah dan yang merosakkan masyarakat.


Dalam dua kesah di atas pula jika tiada takwa maka tuan punya kambing akan kerugian dan hamba dan Umar akan membawa dosa (yang tak nampak) ke akhirat. Ibu dan anak penjual susu akan untung di dunia tapi rugi nanti di akhirat.


Takwa juga berarti sentiasa mengingati Allah, menurut segala suruhanNya dan menjauhkan segala laranganNya.


Takwa diibaratkan oleh Ubai bin Kaab bila ditanya oleh Umar Al Khattab, adalah berhati2 apabila melalui jalan yang dipenuhi duri dan halangan yang membahayakan. Berjalan melaluinya perlulah berhati2 supaya tidak akan merosakkan diri. Itulah takwa, berhati2 tidak melakukan kerosakan.


Saidina Ali mentafsirkan takwa sebagai takut kepada kebesaran dan kuasa Allah, melaksanakan segala suruhanNya, menjauhi segala laranganNya, bersyukur kurnianNya dan bersiap sedia menghadapi alam akhirat yang pasti akan kita tempuhi nanti.


Malangnya sekarang sifat takwa ini telah dicabut dan tinggalkan oleh ramai manusia. Larangan Allah dengan mudah dan tanpa segan silu dibuat. Yang disuruh pula di tinggalkan tanpa perasan sesalan dan risau.


Perlulah kita menanamkan sikap takwa ini.


Ganjaran bertakwa banyak dan di antaranya ialah:


Dengan bertakwa Allah akan membuka jalan untuk keluar dari apa2 masaalah yang kita hadapi. Allah akan menjaga kita dan menyelesaikan masaalah yang kita ada. Syaratnya ialah kita perlu bertakwa dan ikut segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.


Allah akan kemudiannya memberi rezeki yang tidak disangka2.


Juga Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.


Juga akan dihapuskan dosa2 kita.


Juga akan menambahkan pahala kita.


Orang yang bertakwa tak pernah merasa susah hati kerana ia bergantung segalanya kepada Allah dan Allah adalah segalanya. Perhatikanlah Nama dan sifat Allah :

http://kelasdewasa.blogspot.com/2009/02/blog-post.html



Wednesday, June 10, 2009

LAMAN UTAMA


WAKTU SOLAT DAN KELENDER 2009

KARPET MASJID


Walaupun karpet masjid bercorak, janganlah ianya mengganggu konsentrasi anda apabila sembahyang.



Tuesday, June 2, 2009

KESAN BUNYI

Kesan Bunyi



Menurut ahli Sains bunyi terdiri dari gelombang yang berbagai bentuk. Lain susunan bentuk gelombang tersebut akan mengeluarkan bunyi yang berbeza.



Kebejaksanaan manusia anugerah Allah telah membolehnya mereka menulis bunyi dan membacakannya. Salah seorang manusia yang pandai menulis bunyi ialah P. Ramli yang telah menulis lebih dari 1,000 susunan bunyi dalam lagu ciptaannya. Tulisan ini kita namakan “nota lagu”. Sesiapa yang pandai membaca tulisannya ia akan boleh mengeluarkan bunyi (menyanyi) mengikut apa yang ditulis-ciptakankannya. Pak Daud Teratai (Capt. Daud) pun pandai menulis bunyi. Pernah dapat hadiah penulis terbaik di London dan namanya masih ada terukir di Dewan tempat belajar belajar dulu.



Bunyi pula mempunyai pengaruh yang sangat kuat pada manusia yang boleh mendengar. Apa taknya jika kita contohnya, mendengar bunyi suara harimau di hutan atau di rimba tentu kita akan merasa takut dan cabut lari. Tapi bila kita dengar bunyi harimau di dalam zoo atau yang keluar dari TV kita “relax” sahaja.



Ada pula orang yang bila mendengar bunyi harimau di hutan dia seronok gumbira dan akan menuju kearah bunyi tersebut. Kenapa? Kerana dia adalah pemburu harimau.



Inilah salah satu contoh kesan bunyi terhadap kita manusia. Bunyi yang sama (suara harimau) boleh mendatangkan tiga tindakan manusia yang berlainan tindakannya. Yang takut, yang “relax aje” dan yang seronok mendengarnya.



Bunyi juga mendatangkan kesan kepada air. Contohnya: Bacaan Al Quran pada air dapat menukarkan bentuk molikiul air tersebut. Ini telah dibuktikan oleh seorang saintis Jepun yang membuat kajian kesan bacaan Al Quran terhadap air. Bacalah ceritanya di sini: http://ubudiahampang.blogspot.com/2008/08/pengaruh-al-quran-terhadap-air.html



Badan kita adalah 75% air. Jadi jika ayat Al Quran boleh mempegaruhi air maka Al Quran pastilah boleh mempengaruhi air dalam badan kita bila kita membaca atau mendengar bacaan Al Quran. Dapatkah pula ia mempengaruhi perangai dan peribadi kita. Sudah tentu boleh. Kita boleh lihat peribadi mereka yang selalu membaca/mendengar Al Quran dan bandingkan dengan yang tak pernah berbuat demikian. Sangat berbeza peribadi mereka.



Dikatakan juga membaca dan melihat Al Quran boleh mengurangkan penyakit rabun dan nyanyuk. Inilah kesan bunyi dan cahaya Al Quran.



Kesan bunyi terhadap air ini dah lama kita gunakan di dalam ilmu perubatan tradisional kita yang berbentuk air jampi atau air menawar. Atau air Yassin dan lain-lain jenis air yang di bacakan ayat-ayat Al Quran padanya. Memang mujarab kesan air tersebut untuk membaiki penyakit terutamanya penyakit bukan fisikal yang ada kaitan dengan emosi atau kerohanian.



Secara amnya memang bunyi ada pengaruh atas manusia. Kalau kita sebut Ahmad misalnya, hanya Ahmad yang akan menyahut. Ali, Musa, Fikri atau Salmiah tak akan menyahut. Sebab apa? Sebab panggilan (bunyi) Ahmad tidak ada pengaruh terhadap mereka. Kalau mereka bertindak balas pun hanyalah mereka akan melihat ke arah bunyi panggilan tersebut, tak lebih dari itu. Kalau panggil “Musa” pula hanya Musa akan menjawab.



Inilah kesan bunyi kepada manusia. Satu bunyi mempunyai kesan yang tak sama kepada manusia yang berlainan.



Bolehkah bunyi membunuh? Jawapannya boleh. Caranya?



Contoh: Apabila seorang askar disuruh tembak musuhnya dia akan menembaknya dan membunuhnya. Dia membunuh musuhnya hanya selepas mendengar bunyi perkataan “tembak” dari ketuanya. Kalau ketuanya berkata “jangan tembak” maka sudah tentu dia tak akan tembak, kecuali jika dia “kaki bangkang” atau dah geram atau turun minyak.



Secara rengkasnya kita boleh menyatakan yang bunyi mempengaruhi manusia. Jadi apabila kita mengeluarkan bunyi maka pastikan jika boleh bunyi tersebut mendatangkan riaksi atau pengaruh yang menguntungkian manusia.



Janganlah kita kata anak kita bodoh kepadanya kerana “bunyi ada kesan padanya”. Mengikut Islam pula apa yang kita bunyikan (cakap) adalah doa terutamanya jjika yang berbunyi itu adalah ibu atau bapa anak tersebut.



Tapi jika kita kata anak kita pandai bijak kepadanya. Dan dikatakan perkataan tersebut selalu padanya ini akan menjadikan ia bijak. Inilah doa. Inilah ransangan. Inilah semangat. Inilah keyakinan diri. Dalam saikoloji dinamakan auto sugesstion.

Inilah juga cara orang Yahudi mendidik anak mereka. Mereka katakan yang terbaik kepada anak mereka bagi membena yakin diri dan kuat berusaha. Tak semua prinsip gunapakai orang Yahudi tak baik. Yang baik kita boleh gunakan untuk kebaikan kita khasnya da kebaikan manusia amnya.



TokkiDi = 2KD = two ki di

My Blog List

JENIS BISIKAN HATI

JENIS BISIKAN HATI
Pilih dan Ikutilah yang Baik

ROH YANG TAK BALIK

ROH YANG TAK BALIK
Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

MASJIDILHARAM MEKAH

MASJIDILHARAM  MEKAH
Di sinilah Khiblat kita

MASJIDIL HARAM MEKAH

MASJIDIL HARAM MEKAH

MENDENGAR TASKIRAH

MENDENGAR TASKIRAH

DEWAN SOLAT MASJID

DEWAN SOLAT MASJID