Khutbah Jumaat Ubudiah 090626
Kesah Zaman Umar Al Khattab
Kesah Pertama (gembala kambing):
Umar telah bertemu dengan seorang hamba yang sedang mengembala kambing tuannya. Umar ingin menguji hamba tersebut dengan menawarkan untuk membeli kambing yang dipeliharanya. Hamba tersebut menyatakan yang ia perlu memberitahu tuannya dahulu jika ada orang yang hendak membeli kambing tersebut.
Umar berkata tuannya tak perlu tahu tentang pembelian kambing tersebut kerana kalau kambing itu dijual sekarang padanya tuannya pun tidak akan tahu kerana dia tiada di situ. Hamba tersebut berkata bahawa walau pun tuannya tak tahu tapi Allah tahu dan ini bukanlah satu kerja yang baik.
Mendengar kata hamba tersebut Umar menitiskan air mata dan telah kemudiannya, membeli hamba tersebut dari tuannya dan memerdekakannya.
Kesah Kedua (Penjual susu):
Umar telah berjalan dan mendengar dialog antara seorang ibu dengan anak perempuannya. Mereka adalah penjual susu.
Ibu tersebut telah mengarahkan anaknya untuk memasukkan sedikit air ke dalam susu sebelum dijual. Anaknya tak setuju kerana perbuatan ini dilarang. Ibunya menyatakan bahawa tiada siapa yang tahu kerana tiada yang nampak perbuatan mereka jika mereka campurkan sedikit air dalam susu tulin yang hendak dijual.
Anaknya menyatakan walaupun orang tak nampak tapi Allah nampak dan ini adalah kerja yang salah.
-------------------------
INILAH TAKWA dan Takwa adalah tajuk Khutbah Jumaat 26 Jun 2009 di Ubudiah Ampang.
Jika tiada takwa maka berlakulah perkara yang tak sihat di masyarakat kita termasuk penyeleweng, pecah amanah, politik wang, kecuaian tugas, pembunuhan, rompakan, rasuah dan sebagainya, semuanya perkara yang dilarang Allah dan yang merosakkan masyarakat.
Dalam dua kesah di atas pula jika tiada takwa maka tuan punya kambing akan kerugian dan hamba dan Umar akan membawa dosa (yang tak nampak) ke akhirat. Ibu dan anak penjual susu akan untung di dunia tapi rugi nanti di akhirat.
Takwa juga berarti sentiasa mengingati Allah, menurut segala suruhanNya dan menjauhkan segala laranganNya.
Takwa diibaratkan oleh Ubai bin Kaab bila ditanya oleh Umar Al Khattab, adalah berhati2 apabila melalui jalan yang dipenuhi duri dan halangan yang membahayakan. Berjalan melaluinya perlulah berhati2 supaya tidak akan merosakkan diri. Itulah takwa, berhati2 tidak melakukan kerosakan.
Saidina Ali mentafsirkan takwa sebagai takut kepada kebesaran dan kuasa Allah, melaksanakan segala suruhanNya, menjauhi segala laranganNya, bersyukur kurnianNya dan bersiap sedia menghadapi alam akhirat yang pasti akan kita tempuhi nanti.
Malangnya sekarang sifat takwa ini telah dicabut dan tinggalkan oleh ramai manusia. Larangan Allah dengan mudah dan tanpa segan silu dibuat. Yang disuruh pula di tinggalkan tanpa perasan sesalan dan risau.
Perlulah kita menanamkan sikap takwa ini.
Ganjaran bertakwa banyak dan di antaranya ialah:
Dengan bertakwa Allah akan membuka jalan untuk keluar dari apa2 masaalah yang kita hadapi. Allah akan menjaga kita dan menyelesaikan masaalah yang kita ada. Syaratnya ialah kita perlu bertakwa dan ikut segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.
Allah akan kemudiannya memberi rezeki yang tidak disangka2.
Juga Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.
Juga akan dihapuskan dosa2 kita.
Juga akan menambahkan pahala kita.
Orang yang bertakwa tak pernah merasa susah hati kerana ia bergantung segalanya kepada Allah dan Allah adalah segalanya. Perhatikanlah Nama dan sifat Allah :
http://kelasdewasa.blogspot.com/2009/02/blog-post.html
No comments:
Post a Comment