Untuk makluman: Blog ini bukanlah hak milik Masjid Al Ubudiah Ampang

Saturday, August 30, 2008

PENGARUH AL QURAN TERHADAP AIR

PENGARUH AL QURAN TERHADAP AIR

Air sangat penting dalam kehidupan manusia dan segala makluk Allah di dunia ini. 75% dunia dan 75% badan manusia mengandungi air.

Banyak saintis membuat kajian tentang air. Salah saorang ialah saintis di Tokyo yang pernah mengundang seorang Ustaz RY dari Merdeka Villa, Ampang ke Tokyo untuk membaca nama-nama Allah dalam air bagi menguji kesannya terhadap air tersebut.

Memang ada kesan positif berlaku kepada air tersebut. Perkara ini dicerita sendiri oleh Ustaz RY semasa memberi taskirah rengkas di Masjid Al Ubudiah, Ampang pada malam Jumaat 28 Ogos yang lalu.

Menurut saintis tersebut yang diceritakan oleh Ustaz RY, air boleh dipengaruhi oleh alam kelilingnya. Suasana baik akan membuat molukiul air menjadi “baik”. Suasana keliling air yang tak baik membena suasana molukiul air yang “tak baik”.

Inilah juga yang terjadi pada air yang di jampi dan yang dibacakan doa dan ayat-ayat Al Quran. Ianya ada membawa kesan terhadap air dan orang yang menggunakan/meminum air tersebut.

Pengamal perubatan Islam juga menggunakan air dan ayat Al Quran untuk menyembuh berbagai penyakit.

Kita perlu terus mengkaji atau sekurang-kurangnya mengikuti kajian yang dibuat keatas air. Banyak lagi rahsia air yang kita belum ketahui.

Perlu diingat kajian di Tokyo di atas dibuat oleh saorang professor bukan Islam. Beliau percaya bahawa "bahan" yang ada pada orang Islam memang unik untuk dikajinya.

Ustaz RY sempat membetulkan tanggapan salah professer tersebut yang menyatakan dalam Islam ada 99 tuhan. Sebenarnya tuhan hanya satu dan yang 99 itu adalah nama-nama tuhan yang satu itu.


Terfikir pula apakah kesan terhadap air dalam tubuh kita apabila kita sembahyang dan menyebut ayat-ayat Al Quran? Dan bagaimanakah keadaan air dalam tubuh manusia yang tak pernah sembahyang dan tak membaca Al Quran?


Rujukan: URY/-

No comments:

My Blog List

JENIS BISIKAN HATI

JENIS BISIKAN HATI
Pilih dan Ikutilah yang Baik

ROH YANG TAK BALIK

ROH YANG TAK BALIK
Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

MASJIDILHARAM MEKAH

MASJIDILHARAM  MEKAH
Di sinilah Khiblat kita

MASJIDIL HARAM MEKAH

MASJIDIL HARAM MEKAH

MENDENGAR TASKIRAH

MENDENGAR TASKIRAH

DEWAN SOLAT MASJID

DEWAN SOLAT MASJID