Gambar sekarang dan akan datang
Untuk makluman: Blog ini bukanlah hak milik Masjid Al Ubudiah Ampang
Monday, September 28, 2009
Thursday, August 27, 2009
Monday, August 24, 2009
KURSUS HAJI 2009
Monday, August 10, 2009
KURSUS PEMANTAPAN IBADAH HAJI
Sunday, July 5, 2009
KURSUS HAJI UBUDIAH 5 JULAi 2009
Monday, June 29, 2009
MAKLUK ALLAH
Sunday, June 28, 2009
Friday, June 26, 2009
KHUTBAH JUMAAT 26 Jun 2009
Khutbah Jumaat Ubudiah 090626
Kesah Zaman Umar Al Khattab
Kesah Pertama (gembala kambing):
Umar telah bertemu dengan seorang hamba yang sedang mengembala kambing tuannya. Umar ingin menguji hamba tersebut dengan menawarkan untuk membeli kambing yang dipeliharanya. Hamba tersebut menyatakan yang ia perlu memberitahu tuannya dahulu jika ada orang yang hendak membeli kambing tersebut.
Umar berkata tuannya tak perlu tahu tentang pembelian kambing tersebut kerana kalau kambing itu dijual sekarang padanya tuannya pun tidak akan tahu kerana dia tiada di situ. Hamba tersebut berkata bahawa walau pun tuannya tak tahu tapi Allah tahu dan ini bukanlah satu kerja yang baik.
Mendengar kata hamba tersebut Umar menitiskan air mata dan telah kemudiannya, membeli hamba tersebut dari tuannya dan memerdekakannya.
Kesah Kedua (Penjual susu):
Umar telah berjalan dan mendengar dialog antara seorang ibu dengan anak perempuannya. Mereka adalah penjual susu.
Ibu tersebut telah mengarahkan anaknya untuk memasukkan sedikit air ke dalam susu sebelum dijual. Anaknya tak setuju kerana perbuatan ini dilarang. Ibunya menyatakan bahawa tiada siapa yang tahu kerana tiada yang nampak perbuatan mereka jika mereka campurkan sedikit air dalam susu tulin yang hendak dijual.
Anaknya menyatakan walaupun orang tak nampak tapi Allah nampak dan ini adalah kerja yang salah.
-------------------------
INILAH TAKWA dan Takwa adalah tajuk Khutbah Jumaat 26 Jun 2009 di Ubudiah Ampang.
Jika tiada takwa maka berlakulah perkara yang tak sihat di masyarakat kita termasuk penyeleweng, pecah amanah, politik wang, kecuaian tugas, pembunuhan, rompakan, rasuah dan sebagainya, semuanya perkara yang dilarang Allah dan yang merosakkan masyarakat.
Dalam dua kesah di atas pula jika tiada takwa maka tuan punya kambing akan kerugian dan hamba dan Umar akan membawa dosa (yang tak nampak) ke akhirat. Ibu dan anak penjual susu akan untung di dunia tapi rugi nanti di akhirat.
Takwa juga berarti sentiasa mengingati Allah, menurut segala suruhanNya dan menjauhkan segala laranganNya.
Takwa diibaratkan oleh Ubai bin Kaab bila ditanya oleh Umar Al Khattab, adalah berhati2 apabila melalui jalan yang dipenuhi duri dan halangan yang membahayakan. Berjalan melaluinya perlulah berhati2 supaya tidak akan merosakkan diri. Itulah takwa, berhati2 tidak melakukan kerosakan.
Saidina Ali mentafsirkan takwa sebagai takut kepada kebesaran dan kuasa Allah, melaksanakan segala suruhanNya, menjauhi segala laranganNya, bersyukur kurnianNya dan bersiap sedia menghadapi alam akhirat yang pasti akan kita tempuhi nanti.
Malangnya sekarang sifat takwa ini telah dicabut dan tinggalkan oleh ramai manusia. Larangan Allah dengan mudah dan tanpa segan silu dibuat. Yang disuruh pula di tinggalkan tanpa perasan sesalan dan risau.
Perlulah kita menanamkan sikap takwa ini.
Ganjaran bertakwa banyak dan di antaranya ialah:
Dengan bertakwa Allah akan membuka jalan untuk keluar dari apa2 masaalah yang kita hadapi. Allah akan menjaga kita dan menyelesaikan masaalah yang kita ada. Syaratnya ialah kita perlu bertakwa dan ikut segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.
Allah akan kemudiannya memberi rezeki yang tidak disangka2.
Juga Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.
Juga akan dihapuskan dosa2 kita.
Juga akan menambahkan pahala kita.
Orang yang bertakwa tak pernah merasa susah hati kerana ia bergantung segalanya kepada Allah dan Allah adalah segalanya. Perhatikanlah Nama dan sifat Allah :
http://kelasdewasa.blogspot.com/2009/02/blog-post.html
Wednesday, June 10, 2009
Tuesday, June 2, 2009
KESAN BUNYI
Kesan Bunyi
Tuesday, May 26, 2009
TASKIRAH UBUDIAH 090525
Soalan:
Siapakah musuh orang Islam?
Jawapan:
Terdapat dua jawapan yang dikemukakan oleh pendengar taskirah tersebut kepada soalan yang diajukan oleh penceramah malam itu. Yaitu orang kafir dan Yahudi. Kedua2nya tidak dianggap tepat kerana musuh utama orang Islam ialah Syaitan.
Kenapa Syaitan?
Kerana air minuman yang disediakan oleh isteri diminum dahulu oleh syaitan sebelum suaminya meminum air tersebut. Juga kerana makanan yang dihidang oleh isteri dimakan oleh syaitan sebelum makanan tersebut dijamah oleh suaminya. Si suami hanya minum dan makan lebihan syaitan.
Bagaimanakah cara untuk mengelakkan syaitan makan atau minum dahulu?
Mudah sahaja. Hanya dengan membaca Basmallah sebelum menghidangnya dan bacalah Basmallah sebelum memakannya atau meminumnya. Dengan berbuat demikian maka syaitan akan terhalang berbuat sesuatu terhadap makan atau minuman tersebut.
Kemana sahaja kita pergi syaitan akan mengikut kita. Cara mudah menghalang mengukit kita ialah dengan membaca Basmallah sebelum kita berbuat sesuatu. Syaitan akan terhalang. Inilah kekuatan Basmallah. (Basmallah = Bismillah Hir Rahman Hir Rahhim).
Setiap perbuatan yang kita buat mistilah dimulakan dengan Basmallah. Bila nak masuk rumah bacalah Basmallah supaya syaitan terhalang ikut kita masuk rumah tersebut. Bila nak masuk kereta/naik motor bacalah Basmallah. Bila turun kereta bacalah Basmallah. Malah semua kegiatan kita perlu kita mulakan dengan Basmallah supaya tak diganggu oleh syaitan.
Syaitan suka menyesatkan orang Islam kerana ia tak perlu lagi berbuat demikian kepada orang kafir kerana mereka memang dah sesat dan menjadi gang syaitan di neraka nanti. InshaAllah denga ucapan Basmallah syaitan tak dapat mengganggu kita.
Dan disudahi dengan Alhamdilillah (segala kepujian bagi Allah) apabila selesai sesuatu kerja kita. Kita perlu memuji Allah atas segala kenikmatan dan kemudahan yang disediakanNya kepada kita. Pada Allah Ia tak akan rugi kalau kita tak baca. Kalau kita bacapun Dia tak untung. Yang rugi atau untung adalah kita sendiri.
Perkara ini sangat susah nak buat kerana kita tak biasa berbuat demikian. Bagi yang tak biasa mulalanlah buat amalan tersebut sekarang. Bila dah biasa ianya akan datang secara otomatik nanti. Bagi yang dah biasa teruskanlah.
Serupa dengan ucapan "Laillahaillallah" tiada tuhan melainkan Allah. Kalau kita tak biasakan mengucapnya maka semasa nak mati nanti kita akan gagal membacanya sebelum mati. Ini telah diperkatakan oleh ramai ulama.
Satu petua untuk membolehkan kita mengucap "Laillahaillallah" dengan mudah sebelum kita mati ialah dengan beramal mengucap wirit "Laillahaillallah" tersebut sekurang-kurangnya 160 kali selepas tamat kita mengerjakan setiap solat waktu. InshaAllah bila nak mati nanti bacaan tersebut menjadi otomatik kita boleh lafazkan.
Thursday, April 30, 2009
Thursday, March 26, 2009
Friday, March 6, 2009
Saturday, February 28, 2009
Friday, January 30, 2009
Thursday, January 22, 2009
SURAH AL MULK
Dibaca sebelum tidor malam:
Al-Mulk
[1]Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
[2]Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
[3]Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
[4]Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
[5]Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
[6]
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
[7]Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
[8]Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"
[9]Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "
[10]Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
[11]Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
[12]Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[13]Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[14]Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
[15]Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
[16]Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
[17]Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
[18]Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
[19]Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[20]Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
[21]Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
[22]Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
[23]Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
[24]Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".
[25]Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"
[26]Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".
[27]Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!".
[28]Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".
[29]Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".
[30]Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".
My Blog List
About Me
JENIS BISIKAN HATI
ROH YANG TAK BALIK
MASJIDILHARAM MEKAH
My Blog List
-
IKIMFm - PONDOK WARISAN 20110208040013 years ago
-
KOLAM BARU (KOLAH) DAN BUBUR LAMBUK15 years ago