Untuk makluman: Blog ini bukanlah hak milik Masjid Al Ubudiah Ampang
Tuesday, December 30, 2008
Friday, December 19, 2008
Friday, December 5, 2008
TASKIRAH/KHUTBAH JUMAAT
Khutbah Jumaat 081105
Apa yang harus didoakan?
Seorang guru ternama bila ditanya oleh muridnya tentang untuk siapa dia akan berdoa jika doanya mustajab?
Dia menjawab jika doanya mustajab ia akan berdoa untuk pemimpinnya. Ini adalah kerana jika pemimpin yang didoakannya, hasil doanya menjadi baik baik maka amanlah negara dan selamat sejahteralah rakyatnya. Jika pemimpin tersebut tak baik sebaliknya akan terjadi. Jadi perlulah kita sentiasa berdoa supaya pemimpin kita menjadi pemimpin yang baik, adil dan saksama. Kalau ianya adalah pemimpin yang Islam, hendaklah ia berbuat apa yang dikehendaki oleh Islam dan menjauhi larangan Islam.
“Dipanjangkan kata, kita boleh mendoakan supaya musuh kita (pemimpin Negara “musuh”) menjadi baik dan tidak memusuhi kita. Jika doa ini dimakbulkan tuhan tentu aman juga kehidupan kita.”
Kita juga perlu berdoa supaya kita dikurniakan Allah:
Ilmu yang bermunafaat
Amalan yang diterima
Umat Islam perlu berperabadikan Islam.
Contoh diberi ialah bagaimana orang
Tetapi malangnya peribadi sedemikian sekian pupus dalam masyarakat Islam sekarang ini. Orang Islam sekarang ramai yang tidak menampakkan peribadi yang disarankan oleh Islam. Nama sahaja orang Islam tapi tidak lagi berperangai saperti orang yang mengamal Islam. Peribadi Islamnya dah hilang dan mereka berperibadikan dan menonjolkan perangai yang bertentangan dengan kehendak Islam.
Hasilnya, masyarakat bukan Islam kini keliru tentang agama Islam. Agama yang murni ini telah dicemarkan oleh orang Islam sendiri kerana perangai dan tingkah laku yang tidak Islamik ini. Ini berlaku di seluruh dunia sekarang ini, sehingga umat Islam tidak lagi dihormati.
Jika kita merantau di segala perusuk dunia kita akan dapati orang bukan Islamlah yang menganuti peribadi yang disarankan oleh Islam, walaupun mereka bukan orang Islam dan tak pernah tahu tentang Islam. Peribadi Islam (walaupun mereka tak tahu ianya adalah peribadi Islam) telah dianuti oleh orang bukan Islam (kerana kebaikannya) tapi dilupakan oleh orang Islam sendiri. Sayang sekali (atau saying banyak kali). . . . .
Tindakan kita:
Berdoalah supaya pemimpin kita dan pemimpin dunia menjadi pemimpin yang baik. Selanjutnya berdoa supaya umat Islam menjadi umat Islam yang berperibadikan Islam yang tulin. Juga pastikan kita dan anak pinak dan saudara kita menganuti peribadi yang disarankan Islam.
Selamat berjaya.
Mash/2KiD
Monday, November 24, 2008
Khutbah nabi bernada sederhana |
Datuk Dr Abd Monir bin Yaacob Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia 07/11/2002 | Utusan Malaysia |
Selain daripada pendidikan formal yang disampaikan oleh guru atau ustaz di sekolah atau madrasah terdapat forum lain bagi menyampaikan maklumat atau dakwah. Forum yang dimaksudkan iaitu khutbah di masjid dan tazkirah. Ada dua sembahyang mempunyai khutbah. Pertama, sembahyang fardu Jumaat dan kedua-dua sembahyang sunat Hari Raya - Aidilfitri dan Aidiladha. Khutbah Jumaat dilakukan sebelum fardu Jumaat ditunaikan dan wajib hukumnya; khutbah dua Hari Raya dilakukan selepas melakukan sembahyang. Tidak semua jemaah yang mendengar sepenuh khutbah-khutbah tersebut. Ada yang tiba lewat atau terlena, dan ada pula yang pulang awal selepas menunaikan solat aid. Menurut sebuah hadis ada menyatakan hendaklah dipanjangkan sembahyang dan ringkaskan khutbah. Menurut sebuah hadis lain diriwayatkan bahawa sembahyang dan khutbah nabi tidak lama - sederhana sahaja. Amalan yang biasa berlaku di masjid-masjid khutbah dipanjangkan dan adakalanya meleret-leret dan memakan masa setengah jam dan sembahyangnya sekejap sahaja dan diikuti selepasnya dengan doa. Akan tetapi tidak semua jemaah menunggu sehingga doa dibaca. Sebahagiannya telah pun keluar meninggalkan masjid. Sememangnya sudah ada aliran di kalangan masyarakat Islam di negara ini, yang tidak lagi berwirid dan berdoa selepas sembahyang. Apa cacatnya berwirid dan berdoa selepas sembahyang. Sedangkan Allah menyatakan, berdoalah kepada Aku nescaya akan dikabulkan. Jumhur ulama berpendapat wajib diam dan diharamkan berkata-kata ketika imam membawa khutbah - sama ada didengar oleh imam atau tidak. Oleh demikian kedudukan imam sangat istimewa ketika menyampaikan khutbah. Mungkin tidak pernah terdengar ada jemaah yang mencabar khatib ketika menyampaikan khutbah, walaupun tidak setuju dengan khutbah yang dibaca. Pernah kita mendengar rungutan menyatakan, kita orang yang baik dan taat menunaikan sembahyang itulah golongan yang menjadi sasaran khatib. Agama terletak di bawah bidang kuasa negeri. Raja atau sultan adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri. Dalam menguruskan pentadbiran agama ditubuhkan secara sah beberapa institusi seperti Majlis Agama Islam, Jabatan Agama dan Jabatan Mufti. Majlis Agama Islam adalah badan tertinggi yang menjadi penasihat kepada raja atau sultan dalam perkara agama. Di Jabatan Agama ada pegawai yang bertanggungjawab tentang masjid termasuk imam. Sebuah jawatankuasa bagi menyediakan khutbah dipengerusikan oleh mufti ditubuhkan. Khutbah-khutbah yang disediakan dihantar ke masjid-masjid seluruh negeri berkenaan. Ada negeri yang telah membukukan khutbah-khutbah. Masalahnya adakah semua masjid menggunakan khutbah yang disediakan oleh pihak jabatan/majlis agama atau menyampaikan khutbah yang disediakan oleh pihak lain atau imam membaca khutbah yang dia sendiri sediakan. Saya sendiri pernah menunaikan sembahyang Jumaat di sebuah masjid di daerah Kuantan. Khatib menyampaikan begitu bersemangat dan menyindir kerajaan. Apabila selesai sembahyang, saya bertanya sama ada khutbah itu disediakan oleh jabatan agama atau dari pihak lain. Jawabnya bukan khutbah yang disediakan oleh jabatan agama. Dalam perjalanan ke utara, beberapa bulan yang lepas, saya singgah bersembahyang Jumaat di sebuah masjid. Kandungan khutbah telah memberikan gambaran yang tidak tepat tentang pembangunan Islam di Malaysia - dengan menyatakan bahawa kerajaan hanya membangunkan Islam dengan mendirikan masjid tetapi mengabaikan dalam menegakkan hukum Allah. Khutbah seperti ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan jemaah dan mengelirukan. Kerana kerajaan telah melaksanakan hukum Islam dengan agak meluas meliputi undang-undang keluarga, pusaka, wakaf, jenayah takzir, takaful, saham, kewangan Islam dan lain-lain lagi. Jabatan Agama Islam atau majlis tidak mempunyai kemampuan untuk memantau tiap-tiap masjid setiap Jumaat - tidak cukup pegawai untuk dihantar ke setiap masjid bahkan membebankan. Yang penting adalah perlu bagi setiap khatib tidak menyalahgunakan forum khutbah sebagai tempat untuk melepas dan meluahkan perasaan amarah atau digunakan oleh pihak lain yang berkemungkinan boleh mengganggu fikiran jemaah yang hadir ke masjid. Khatib perlu menyampaikan khutbah yang boleh meningkatkan ketakwaan. Atau sekurang-kurangnya jemaah masuk masjid dengan jiwa yang tenang untuk menunaikan solat Jumaat dan keluar dengan ilmu yang boleh memberikan manfaat. Pada hari ini kedudukan imam-imam tidak sama. Ada negeri yang memberi elaun bulanan dan ada yang memberi elaun tahunan dan amaunnya yang tidak seberapa kerana peruntukan itu diagihkan pula dengan bilal. Memberi erti tidak ada sesuatu yang kuat untuk menjadi ikatan di antara imam-imam dengan kerajaan (kecuali negeri-negeri tertentu). Tanpa ikatan ini sudah pasti sukar untuk memastikan imam-imam ini membaca teks khutbah yang disediakan oleh jabatan agama/Majlis. Bagi meningkatkan lagi profesion imam-imam, mereka patut diberikan kursus intensif dan elaun bulanan dengan tugas-tugas yang lebih menyeluruh. Oleh demikian perlu ada satu mekanisme bagi memantau penyampai khutbah di negeri-negeri supaya tiada khutbah yang disampaikan menimbulkan kekeliruan di kalangan jemaah. Imam-imam besar masjid negeri perlu dijadikan ketua kepada imam-imam dan seterusnya membimbing mereka supaya melaksanakan tugas imam dengan berkesan dan sempurna. |
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
” IBUBAPA MENDEPANI PENDIDIKAN ANAK-ANAK ”
(21 November 2008 / 23 Zulkaedah 1429H)
Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita semua bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Sempena musim cuti persekolahan 2008, mimbar ini akan membicarakan khutbah bertajuk ” IBUBAPA MENDEPANI PENDIDIKAN ANAK-ANAK ”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pendidik dari kacamata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, 'alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga orang lain. Kedudukan mereka ada hubungankait dengan sifat integriti, bertanggungjawab, amanah, istiqamah dan beriman kepada Allah SWT. Di Malaysia, bidang pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi manusia secara menyeluruh bagi mewujudkan modal insan yang cemerlang, iaitu cerdas minda, mantap rohani, stabil emosi dan sihat jasmani. Sebenarnya kecemerlangan pendidikan tidak hanya dibebankan kepada para guru di sekolah, bahkan ia bergantung kepada peranan ibubapa di rumah. Kedua-dua institusi ini iaitu sekolah dan rumahtangga saling memerlukan dalam menentukan kecemerlangan pendidikan.
Bermulanya cuti persekolahan, maka tugas guru yang mengajar di sekolah telah dihentikan sementara dan ibubapa bertanggungjawab penuh menyambung kesinambungan tugas mendidik anak-anak di rumah. Ibubapa harus sentiasa memastikan pendidikan anak-anak terpelihara walau pun memerlukan pengorbanan tenaga, wang dan masa. Sebagai ibubapa kita tidak boleh melepaskan diri dalam mendidik anak-anak walau apa cabaran sekalipun. Jika tidak, anak-anak akan rosak pegangan akidah, hilang kemurnian akhlak dan moral serta ketinggalan dalam arus pendidikan negara.
Ibu bapa perlu memiliki kualiti bimbingan yang baik supaya anak berada dalam pengaruh budaya keluarga yang sihat. Jika tidak, pengaruh buruk di luar yang sedang menunggu akan mempengaruhi mereka. Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru dan tidak tahu memilih mana yang baik dan buruk dalam hidup mereka. Dr Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa kesan paling menonjol akibat dari tamadun hari ini ialah terpisahnya ikatan akhlak yang mendedahkan manusia kepada pelbagai krisis dan gejala. Bimbang dengan tekanan ini, mimbar menyeru ibubapa agar membimbing anak-anak secara serius terutamanya dari sudut rohani atau bimbingan hati.
Allah SWT menegaskan seksaan yang sangat berat jika ibubapa sengaja cuai atau bersifat khianat dengan amanah yang diberikan untuk mendidik anak-anak. Firman-Nya dalam surah At-Tahrim ayat 6:
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sempena dengan cuti persekolahan anak-anak sekarang ini, mimbar ingin menyeru ibubapa agar melaksanakan beberapa tindakan dalam mempastikan kesinambungan aktiviti pembelajaran dan pendidikan anak-anak dapat diteruskan, sekalipun di masa cuti persekolahan. Antara tindakan tersebut adalah:
Pertama: Ibubapa Hendaklah Berperanan Sebagai Guru di Rumah.
Ibubapa perlu berperanan sebagai guru di rumah iaitu membimbing dan menggalak anak-anak mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja-kerja sekolah. Ibubapa wajar memberikan perhatian sepenuh masa semasa bersama anak-anak. Janganlah pula ibubapa menganggu pembelajaran anak-anak dengan aktiviti-aktiviti yang kontra dengan pembelajaran anak-anak seperti menonton teliyisen, melayari internet, berbual kosong dan sebagainya. Dorongan dan bimbingan ibubapa di rumah akan dapat membentuk daya tahan anak-anak dalam menghadapi cabaran pendidikan yang semakin kompleks.
Ibubapa perlu insaf bahawa taraf pencapaian pendidikan anak-anak kita masih lagi rendah berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Setiap kali keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM dikeluarkan, anak-anak kita masih lagi ketinggalan, terutamanya dalam kursus-kursus sains dan profesional. Mudah-mudahan pengembelingan usahasama antara ibubapa dan guru-guru akan dapat mengangkat martabat pendidikan di kalangan anak-anak kita.
Kedua: Menyedia Penjadualan Aktiviti Yang Berfaedah.
Penjadualan aktiviti anak-anak di musim cuti persekolahan sangat penting demi mengelak anak-anak daripada terjerumus ke dalam aktiviti yang merosakkan. Ibubapa perlu menyusun dengan baik masa yang terluang itu dengan perkara-perkara yang dapat menjana kekuatan peribadi mereka. Dalam erti kata lain, biarlah cuti ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan peribadi anak-anak, sama ada dari segi keilmuan, sahsiah dan hala tuju.
Ketiga: Ibubapa Berkewajipan Membangun Rohani Anak-anak.
Perlu difahami bahawa ibubapa berperanan besar dalam memberi pengajaran dan pendidikan agama untuk anak-anak. Justeru ibubapalah yang akan melahirkan anak soleh dan menjauhkan anak menjadi derhaka. Apabila jiwa anak-anak sentiasa diisi dengan takwa dan iman, maka perasaan kasih sayang dan hormat menghormati akan wujud dalam keluarga kita.
Ibubapa juga perlu memastikan anak-anak benar-benar komited dengan perintah Allah SWT seperti solat terutamanya solat berjemaah. Pendidikan ini perlu disertakan dengan tahap disiplin diri yang tinggi agar anak-anak terbiasa dan dapat membentuk budaya berjemaah sehingga dewasa. Konsep dakwah bilhal oleh ibubapa amat penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Pembudayaan ibubapa berjemaah, membaca al-Qur'an, memberi tazkirah dan membaca buku-buku agama, insya allah akan dapat menyuburkan iman dan takwa anak-anak.
Insafilah bahawa beriman atau tidaknya anak-anak adalah berpunca daripada ibubapa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sabda baginda:
Mafhumnya: "Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi."
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Thursday, October 9, 2008
AWAS MAKANAN TAK HALAL
Risalah ini memaparkan diantaranya.
Islam menyuruh kita hanya memakan makanan yang baik dan halal.
Selanjutnya di sini:
http://myjakim.blogspot.com/
Saturday, September 20, 2008
DAH SAMPAI MALAM YANG DITUNGGU-TUNGGU
YANG DINANTI DAH TIBA
Dah tiba masanya
Malam Lailatul Khadar
Satu Malam = seribu bulan
Beribadat malam tersebut samalah dengan beribadat selama 1,000 bulan (mana lain lagi nak dapat)
Malam tersebut hendaklah kita banyak beribadat dan banyak berdoa.
Menurut hadis malam tersebut berlaku pada salah satu dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan setiap tahun.
Tips tambahan yang diberi adalah malam tersebut adalah satu malam ganjil pada sepuluh terakhir Ramadhan setiap tahun.
Ada ulamak yang menulis yang malam tersebut adalah malam yang ke dua puluh tujuh bulan Ramadhan setiap tahun.
Lagi tips yang diberi, pagi besoknya matahari terbit tidak begitu panas.
Ada tips yang menyatakan kalau mula berpuasa Ramadhan pada hari Isnin, malam Lailatul Khadar ialah pada malam yang dua puluh sembilan Ramadhan.
Ada yang menyatakan Malam kedua puluh satu Ramadhan.
Pilihlah. Tetapi hanya Allahlah yang tahu malam sebenarnya.
KALAU PILIH SEMUANYA, setiap malam pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, tentu kena malamnya. Pasti betul dan tepat, InshaAllah.
Mulakanlah malam ini kerana malam ini adalah malam yang kedua puluh satu i.i. malam pertama bagi sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan tahun ini.
Kalau tak buat tahun ini tunggu dan buatlahlah tahun depan.
Itu pun kalau sempat. . . . . Kalau tarikh jangka hayat tak luput.
berjumaah di Masjid untuk sepuluh terakhir Ramadhan"
Wednesday, September 17, 2008
IMAM MEKAH BERSOLAT TARAWIKH DI AL UBUDIAH AMPANG
Saturday, August 30, 2008
KELAS SUBUH 0808300600
APA YANG TINGGAL?
BANKRUP ! ! MUFLISLAH AKU
SULTAN SELANGOR AKAN KE MASJID AL UBUDIAH
Sila lihat gambar lawatan di sini:
http://ubudiahgambar.blogspot.com/
Sultan sampai ke Al Ubudiah saperti yang dijangka dan sempat menyampaikan hadiah saguhati zakat kepada anak yatim, fakir miskin dan mualaf sebelum berbuka puasa. Tuanku juga menunaikan solat Isyak dan tarawikh 20 rakaat di Masjid.
InshaAllah, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (Sultan Selangor) akan melakukan lawatan ke Masjid Al Ubudiah Tasik Tambahan Ampang pada 8 September 2008. Lawatan bermula jam 5.00 petang dan tamat selepas sembahyang tarawikh pada malamnya.
Dijangkakan 3,000 orang akan hadir pada hari/malam tersebut. Ini termasuklah anda yang tinggal berhampiran Masjid tersebut.
Datanglah beramai-ramai, InshaAllah.
PENGARUH AL QURAN TERHADAP AIR
Friday, August 29, 2008
MENUKAR TARIKH DAN MASA JAM LETRONIK
MENUKAR TARIKH DAN MASA JAM LETRONIK
Inilah jam letronik yang biasa terdapat di masjid atau surau.
Tahukah anda cara membetulka tarikh dan waktunya jika ianya tak tepat?
Tarikh dan waktu semasa mungkin tak tepat jika terdapat gangguan letrik dan beterinya dah "mati". Kadang-kadang timingnya lari dan jamnya menjadi lambat beberapa saat sehari.
Ikutilah cara yang disarankan di sini untuk membetulkannya.
Tak perlulah kita mengharap orang lain membuatnya kerana ianya sangat mudah dilakukan. Klik rajah untuk membesarkannya.
Jangan Lupa:
Sistem jam letronik ini menggunakan sistem 24 jam bukan sistem 12 jam (12 jam siang dan 12 jam malam). Maksudnya jam 3.00 petang dikenali sebagai jam 1500 bukan 3.00 p.m. Jadi kalau menukar waktu jam selepas 12.00 tengah hari kena "tambah 12". Kalau tidak waktu Zuhur akan berlaku pada malam hari (pukul satu malam bukan satu tengah hari), Asar pada jam 4.00 malam, Maghrib dan Isyak pada pagi hari dan Subuh pada lebih kurang 6.00 petang. Ini pernah berlaku di Al Ubudiah.
Gambar di atas diambil pada Jumaat 29 Ogos 2008 jam 2.00 ptg. Paginya letrik di masjid terputus. Sudah pun dibetulkan oleh Zai.
Monday, August 25, 2008
SURAU CONTOH - MADRASAH AL NURIAH TAMAN PUTRA
Madrasah ini aktif dalam kegiatan ekonominya. Ia telah menggunakan sepenuhnya potensi yang ada bagi menjana pendapatan.
Madrasah ini telah membena beberapa bangunan yang disewakan untuk berniaga makanan, kedai dobi dan komputer, kedai frame dan cendramata. Ruang tanahnya juga telah disewa kepada Maxis untuk pencawang telefon. Terdapat dua kedai lagi yang sedang dalam proses pembenaan, juga akan disewa kemudian apabila siap.
Madrasah ini juga mengendalikan kelas tafiz Al Quran untuk kanak-kanak.
Kelas untuk orang dewasa juga sering diadakan terutamanya kelas maghrib dan pagi minggu.
Berikut adalah beberapa gambar bangunan yang terdapat di kawasan madrasah tersebut.
Kunjungilah gerai/warong makanan yang terdapat di kawasan madrasah ini. Juga hadirilah kelas pengajian yang disediakan, jadualnya terdapat di blog ini dan di papan kenyataan madrasah. Juga terdapat di papan kenyataan Masjid Al Ubudiah.
Gerai Pak Hamid
Gerai Pak Halim
Gerai Husin
Gerai Hj Razaly
Gerai Man
Kedai Dobi/Komputer Ar Redha
Kedai Frame/Cendramata ABW
Pencawang Maxis
Kelas Tafiz Al Quran
Kelas Dewasa
Ada juga kebun mini
Ikutilah cerita rekaan Warong Kopi Pak Hamid di sini:-
http://alhudaakaun.blogspot.com/
Surau contoh berikutnya : SURAU AR RAIHAN TAMAN MELOR
Rajah kels pengajian Ar Raihan bulan September 2008. Klik untuk besarkan
Tuesday, August 12, 2008
Friday, August 8, 2008
Thursday, August 7, 2008
PETANDA DAN AMARAN BALA UTK KITA..........
1.apa bila hasil kekayaan negara hanya beredar di kalangan golongan tertentu sahaja.
2.apabila amanah dijadikan satu sumber dalam menyalur keuntungan.
3.apabila zakat dijadikan hutang.
4.apabila suami menurut sahaja kehendak isteri.
5.apabila anak derhaka terhadap ibunya.
6.apabila anak terlalu mementingkan kawannya.
7.apabila nak juga menjauhkan diri dari bapanya.
8.apabila yang menjadi pemimpin di kalangan mereka ialah orang yang paling hina diantara mereka.
9.apabila seseorang itu dipandang tinggi kerana ditakuti kezalimannya.
10.apabila arak sudah diminum secara terang terangan di merata tempat.
11.kain sutera banyak di pakai oleh kaum lelaki.
12.apabila gadis tidak bermoral di sanjung tinggi.
13.apabila banyak muzik dimainkan.
14.apabila para generasi kini melaknat generasi pertama ( para nabi )
15.apabila pertengkaran berlaku di dalam masjid
TASKIRAH JUMAAT 080808 - Surah Yassin
Bunyinya terdengar diperusuk dunia saperti terdengarnya bunyi Mohammad Ali tumbuk Bugner di KL pada tahun 1979. Bila Ali tumbuk Bugner seluruh dunia mendengarnya. Serupa juga bila Ali tumbuk Joe Frazer (Joe Frazer kata tumbukan Ali tak sakit, sebabnya dia ketika itu terus pengsan) seluruh dunia boleh dengar. Kita tak samakan bunyi tumbukan Ali dengan bunyi sangkakala tapi itulah contohnya, bunyi mungkin boleh didengar keseluruh dunia.
Bila bunyi sangkakala sedua manusia akan hidup semula dan yang tak percaya bahawa mereka akan hidup semula akan bertanya siapa yang menbangunkan mereka?
Teruskan mendalami maksud AlQuran melalui perbagai media yang ada.
My Blog List
Blog Archive
-
▼
2008
(23)
-
►
August
(11)
- KELAS SUBUH 0808300600
- SULTAN SELANGOR AKAN KE MASJID AL UBUDIAH
- PENGARUH AL QURAN TERHADAP AIR
- MENUKAR TARIKH DAN MASA JAM LETRONIK
- SURAU CONTOH - MADRASAH AL NURIAH TAMAN PUTRA
- PANDUAN BERMUSAFIR
- Ubat Santapan RohaniKlik dan bacalah sekarang . . ...
- Thursday, August 7, 2008 PETANDA DAN AMARAN BAL...
- TASKIRAH JUMAAT 080808 - Surah Yassin
- Jangalah sampai dompet kosong bila mengisi min...
-
►
August
(11)
About Me
JENIS BISIKAN HATI
ROH YANG TAK BALIK
MASJIDILHARAM MEKAH
My Blog List
-
IKIMFm - PONDOK WARISAN 20110208040013 years ago
-
KOLAM BARU (KOLAH) DAN BUBUR LAMBUK15 years ago