Untuk makluman: Blog ini bukanlah hak milik Masjid Al Ubudiah Ampang

Saturday, April 17, 2010

KHUTBAH JUMAAT 0416

KHUTBAH JUMAAT April 16 2010


Tajuk: Rumah Yang Tenang Aman Bahagia


Diantara perkara yang membawa ketenangan di rumah ialah:

1. Rumah dan penghuninya yang bersih.

Bersih kawasan rumah dan bersih penghuni yang tinggal di dalamnya. Rumah perlu bersih dan kemas di kawasan dalam rumah dan di luar rumah. Allah suka yang bersih. Penghuni juga perlu bersih zahir dan batin. Rumah yang berbau harum menenangkan penghuninya. Di zaman moden ini mereka gunakan air freshner. Zaman dahulu gaharu. Syaitan pula tak suka kepada rumah yang bersih dan teratur keadaannya.

2. Penghuninya yang berzikir.

Zikir mengingati dan mengagungkan Allah. Ianya akan mententeramkan penghuni dalam rumah tersebut dan menghalang syaitan duduk di dalamnya. Syaitan tak akan suka kepada manusia yang berzikir. Zikir membawa kepada ketenangan jiwa dan ketenteraman hati serta perasaan yakin kepada Allah. Allah suka dan akan memelihara dan membantu hambanya yang selalu berzikir.

3. Penghuni yang Berdoa.

Manusia disarankan supaya sentiasa berdoa mulai dari bangun tidur sewaktu paginya sehinggalah ia hendak tidur semula pada malamnya. Allah memakbulkan segala doa kita. Jadi senttiasalah berdoa semasa bangun tidur, masuk dan keluar bilik air, memakai pakaian, keluar dan masuk rumah, naik dan turun kenderaan, masuk dan keluar masjid, sebelum dan selepas makan dan minum, sebelum dan selepas sembahyang dan berbagai jenis doa yang lain. Doa mempemperingati Allah. Syaitan akan menjauhi diri daripada mereka yang berdoa.

4. Sembahyang.

Sembahyang di rumah membawa berkat dan keadaan sakinah di dalam rumah. Banyakkan sembahyang sunat di rumah. Disamping sembahyang banyakkan membaca Al Quran.

5 Makanan Yang Halal.

Makanan halal manghasilkan badan yang bersih. Makan yang dibawa ke dalam rumah perlu halal bersih dan jauh dari berkait dengan riba, harta anak yatim, wang rasuah dan tipu muslihat dan sumber haram yang lainnya. Saidina Abu Bakar pernah menjolok kerongkongnya bagi mengeluarkan makanan yang dimakannya. Ini kerana makanan tersebut adalah dari hasil tenung nasib khadamnya ketika belum masuk Islam yang baru sekarang diterimanya. Hampir mati beliau berusaha mengeluarkan makan haram tersebut. Jangan sesekali kita memakan makanan haran dan yang sumbernya adalah haram.

6. Tunaikan Hak dan Kewajipan.

Setiap ahli keluarga ada peranan, hak dan tanggung jawab masing-masing. Maka tunaikanlah hak dan tanggung jawab tersebut demi untuk keamanan dan keselesaan keluarga. Ikut panduan yang dinyatakan dalam Islam.

7. Tidak Mungkar.

Perkara yang mungkar jangan dibuat di dalam rumah, juga di luar rumah atau dimana-mana sahaja. Di antaranya ialah adanya Salib dalam rumah, gambar atau patung, anjing, loceng, alat hiburan, arak dan alat permainan judi.










Petikan Rakaman Khutbah Jumaat pada April 16, 2010.

Meggunakan Kamera Digital Nikon Coolpix L11.

Koordinator: HALMS

Khatib: Drs Ust Supawi Che Mat




TESTING AJE . . . . . .


1 comment:

zulkbo said...

salah ziarah..
saya pun selalu berjumaat di sana

My Blog List

JENIS BISIKAN HATI

JENIS BISIKAN HATI
Pilih dan Ikutilah yang Baik

ROH YANG TAK BALIK

ROH YANG TAK BALIK
Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

MASJIDILHARAM MEKAH

MASJIDILHARAM  MEKAH
Di sinilah Khiblat kita

MASJIDIL HARAM MEKAH

MASJIDIL HARAM MEKAH

MENDENGAR TASKIRAH

MENDENGAR TASKIRAH

DEWAN SOLAT MASJID

DEWAN SOLAT MASJID