Kelebihan Kurnia Allah
Kesah 1
Seorang boss menyuruh kulinya membuat dua lubang didinding supaya dua kucingnya kesayangan (satu besar dan satu kecil) boleh masuk/keluar rumah apabila pintu rumah ditutup. Satu lubang untuk kucing keccil dan satu lagi yang besar.
Dengan kebijaksanaannya kuli tadi hanya membuat satu lubang.
“Aku suruh buat dua lubang. Kenapa buat satu je?” tanya boss.
“Satu lubang pun cukup Boss. Saya genrenti kedua-dua kucing boss boleh menggunakannya nanti.” Jawab kulinya.
Dia membuat hanya satu lubang yang muat untuk kedua2 kucing tersebut. Kuli bijak tidak mudah menjadi pak turut.
Ulasan: Boss pun ada yang bodoh . . . Kuli pun ada yang bijak.
Kesah2
Seorang tuan kereta telah mendapati satu dari tayar keretanya dicuri orang. Mungkin pencuri tersebut tak sempat mencuri tayar yang tiga lagi. Satelah diperiksa boot kereta tayar spare ada. Alhamdulillah . .
Beliau mengeluarkan tayar spare dan memasangkannya. Tapi malangnya skrew tayar tak ada.
"Macan mana nak pasang tayar kalau skrewnya tak ada?"
Lama juga beliau berfikir untuk menyelesaikan masaalah ini.
Hinggalah datang lalu seorang budak melihat kesedihannya dan bertanyakan massalahnya.
Layan tak layan budak ini diberitahui massalahnya. Orang tua ini berperasaan budak ini hanya menyebok sahaja.
“Senang aje pak cik. . . . Pinjamkan satu skrew dari setiap tayar yang ada dan gunakan untuk tayar yang baru nak dipasangtu. Di kedai nanti belilah skrew baru.”
Ya tak ya juga . . . . fakir pak cik tersebut.
Ulasan: Jangan disangka kanak-kanak tak bijak. Mereka ibarat kain putih. Orang dewasa (ibu bapa) yang mencorakkan warnanya. Kalau dibimbing dan digalakkan serta diberi kemudahan dan semangat mereka pasti berjaya, InshaAllah.
Jangan jadikan kanak-kanak seperti Hang Nadim Temasik.
Allah membentukkan manusia sebaiknya:Kesah Nabi Muhammad saw:
1 Beliau pernah semasa satu peperangan mengarahkan sahabatnya berkhemah di suatu tempat.
Seorang sahabat bertanya adakah pilihan Nabi ini satu wahyu. Nabi SAW berkata ianya adalah pendapatnya sahaja. Maka sahabat yang bertanya berkata bahawa pilihan Nabi SAW ini tak strategik kerana di tempat itu tiada kawasan bekalan air.
2. Nabi bertuju dengan pendapat Salman Al Farisi untuk menggali parit semasa perang Khandak di luar Madinah. Ini telah menyelamatkan Kota Madinah (dengan kehendak Allah) dari diserang oleh Musrikin Mekah.
Lebar parit tersebut tidak membolehkan kuda melompat melaluinya dan dalamnya tidak membolehkan kuda yang jatuh kedalamnya melompat keluar.
Peperangan tersebut ada yang menamakan Perang Khandak i.i. Perang Parit sempena pembenaan parit tersebut.
Saudara kita yang pergi ke Madinah melawat kawasan peperangan ini yang kita sekarang sebutkan Masjid Tujuh. Dinamakan Masjid Tujuh kerana di sanalah sahabat Nabi SAW pernah beriktikaf. Sekarang kawasan parit tersebut telah dibena lebuhraya.
Banyak lagi contoh Nabi SAW mendengar pendapat sahabatnya. Termasuklah kesah Nabi SAW membenarkan petani membuat pendebungan kepada kurma tanaman mereka untuk menambahkan hasil.
Banyaklah membaca untuk mengetahuinya.
AMPS 08162000hrs/MUA
No comments:
Post a Comment