MASJID AL-UBUDIAH AMPANG, SELANGOR

Untuk makluman: Blog ini bukanlah hak milik Masjid Al Ubudiah Ampang

Monday, July 12, 2010

SEMBAHYANG SUBUH

Iman membaca sebahagian Surah Ar Rahman dan surah Al Gasshiya pagi tadi. Diperturunkan maksud apa yang dibacanya:



55 SURAH AR-RAHMAN

1. Tuhan Yang Maha Pemurah serta melimpah rahmatNya. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia lah yang telah menciptakan manusia. Dia lah yang telah membolehkan manusia bertutur memberi dan menerima kenyataan.

2. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. Dan langit dijadikannya bumbung tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan.

3. Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

4. Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhlukNya yang lain. Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon kurma yang ada kelopak mayang. Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum.

5. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan wahai umat manusia dan jin?

6. Ia menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar. Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

7. Dia lah Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

8. Ia biarkan air dua laut, yang masin dan yang tawar mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

9. Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

10. Dan Dia lah yang menguasai kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

11. Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

12. Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Setiap masa Ia di dalam urusan mencipta dan mentadbirkan makhlukNya! Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

13. Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja pada hari kiamat, wahai manusia dan jin! Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

14. Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan langit dan bumi untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami, maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat! Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Bacalah dan dengar seterusnya?


Klik sini: 055. Surah Ar-Rahman


Dipetik dari


#############################################################




Di rakaat kedua Iman membaca Surah Al Gashiya rengkasannya saperti berikut:

88. Al-Gashiya

1. Sudahkah sampai kepadamu wahai Muhammad, perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? Muka orang kafir pada hari itu tunduk kerana merasa hina. Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah. Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas membakar. Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya. Tiada makanan bagi mereka di situ selain dari pokok yang berduri, yang tidak menggemokkan dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

2. Sebaliknya muka orang yang beriman pada hari itu berseri-seri. Berpuas hati dengan balasan amal usahanya yang baik yang telah dikerjakannya di dunia. Mereka tinggal menetap di dalam Syurga tinggi tempat kedudukannya darjatnya. Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia.

3. Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir, juga ada pelamin berhias yang tinggi tempatnya. Dan piala minuman yang disediakan untuk mereka. Dan bantal yang teratur untuk mereka berbaring atau bersandar, serta hamparan yang terbentang.

4. Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat, tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

5. Oleh itu berikanlah sahaja peringatan wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan, bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu.

6. Akan tetapi sesiapa yang berpaling dari kebenaran serta ia kufur ingkar, maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

7. Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka.

8. Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.



Boleh baca dan dengar surahnya di sini:


Klik (baca dan dengar) 088 Surah Al-Gashiya


Dipetik dari


























Wednesday, June 23, 2010

MATAHARI DAN MALAM (91 dan 92)

===========================================================



91. Asy-Syams

(Klik untuk baca dan dengar Surahnya)





























Bacaan Solat Subuh pada Jun 24, 2010. Dimamkan oleh HMYA. Juga surah berikut:



92. Al-Lail

(Klik untuk baca dan dengar Surahnya)

















Tuesday, June 22, 2010

BINTANG BESAR & YANG DATANG DI MALAM HARI

85.Al-Buruj (Bintang Besar)


Pembesar Najran di Yaman telah dibinasakan Allah kerana mereka menggali parit yang dinyalakan api yang digunakan untuk membunuh manusia yang tidak mahu tunduk mengikut mereka malah masih tegas mahu menjadi mukmin mengikut agama Allah.


Mereka yang menyeksa manusia yang tunduk kepada Allah akan diseksa dengan azab neraka kecuali mereka yang sempat bertaubat.

Mereka yang beriman dan beramal soleh akan ditempatkan Alah di Syurga.

Kaum lain saperti kaum Firaun dan Thamud juga telah menentang Allah dan Al Quran.





"Inilah bacaan solat subuh pagi tadi yang diimamkan oleh HIMR.
Juga dibacakan ialah surah berikut."



Saturday, April 17, 2010

KHUTBAH JUMAAT 0416

KHUTBAH JUMAAT April 16 2010


Tajuk: Rumah Yang Tenang Aman Bahagia


Diantara perkara yang membawa ketenangan di rumah ialah:

1. Rumah dan penghuninya yang bersih.

Bersih kawasan rumah dan bersih penghuni yang tinggal di dalamnya. Rumah perlu bersih dan kemas di kawasan dalam rumah dan di luar rumah. Allah suka yang bersih. Penghuni juga perlu bersih zahir dan batin. Rumah yang berbau harum menenangkan penghuninya. Di zaman moden ini mereka gunakan air freshner. Zaman dahulu gaharu. Syaitan pula tak suka kepada rumah yang bersih dan teratur keadaannya.

2. Penghuninya yang berzikir.

Zikir mengingati dan mengagungkan Allah. Ianya akan mententeramkan penghuni dalam rumah tersebut dan menghalang syaitan duduk di dalamnya. Syaitan tak akan suka kepada manusia yang berzikir. Zikir membawa kepada ketenangan jiwa dan ketenteraman hati serta perasaan yakin kepada Allah. Allah suka dan akan memelihara dan membantu hambanya yang selalu berzikir.

3. Penghuni yang Berdoa.

Manusia disarankan supaya sentiasa berdoa mulai dari bangun tidur sewaktu paginya sehinggalah ia hendak tidur semula pada malamnya. Allah memakbulkan segala doa kita. Jadi senttiasalah berdoa semasa bangun tidur, masuk dan keluar bilik air, memakai pakaian, keluar dan masuk rumah, naik dan turun kenderaan, masuk dan keluar masjid, sebelum dan selepas makan dan minum, sebelum dan selepas sembahyang dan berbagai jenis doa yang lain. Doa mempemperingati Allah. Syaitan akan menjauhi diri daripada mereka yang berdoa.

4. Sembahyang.

Sembahyang di rumah membawa berkat dan keadaan sakinah di dalam rumah. Banyakkan sembahyang sunat di rumah. Disamping sembahyang banyakkan membaca Al Quran.

5 Makanan Yang Halal.

Makanan halal manghasilkan badan yang bersih. Makan yang dibawa ke dalam rumah perlu halal bersih dan jauh dari berkait dengan riba, harta anak yatim, wang rasuah dan tipu muslihat dan sumber haram yang lainnya. Saidina Abu Bakar pernah menjolok kerongkongnya bagi mengeluarkan makanan yang dimakannya. Ini kerana makanan tersebut adalah dari hasil tenung nasib khadamnya ketika belum masuk Islam yang baru sekarang diterimanya. Hampir mati beliau berusaha mengeluarkan makan haram tersebut. Jangan sesekali kita memakan makanan haran dan yang sumbernya adalah haram.

6. Tunaikan Hak dan Kewajipan.

Setiap ahli keluarga ada peranan, hak dan tanggung jawab masing-masing. Maka tunaikanlah hak dan tanggung jawab tersebut demi untuk keamanan dan keselesaan keluarga. Ikut panduan yang dinyatakan dalam Islam.

7. Tidak Mungkar.

Perkara yang mungkar jangan dibuat di dalam rumah, juga di luar rumah atau dimana-mana sahaja. Di antaranya ialah adanya Salib dalam rumah, gambar atau patung, anjing, loceng, alat hiburan, arak dan alat permainan judi.










Petikan Rakaman Khutbah Jumaat pada April 16, 2010.

Meggunakan Kamera Digital Nikon Coolpix L11.

Koordinator: HALMS

Khatib: Drs Ust Supawi Che Mat




TESTING AJE . . . . . .


Sunday, April 11, 2010

SIFAT NABI MUHAMMAD SAW


\\








________________________________________________________



________________________________________________________



________________________________________________________



________________________________________________________



________________________________________________________



________________________________________________________



________________________________________________________



======================================================================

(Klik) Petikan dari buku:

ANUGERAH LANGIT

My Blog List

JENIS BISIKAN HATI

JENIS BISIKAN HATI
Pilih dan Ikutilah yang Baik

ROH YANG TAK BALIK

ROH YANG TAK BALIK
Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

MASJIDILHARAM MEKAH

MASJIDILHARAM  MEKAH
Di sinilah Khiblat kita

MASJIDIL HARAM MEKAH

MASJIDIL HARAM MEKAH

MENDENGAR TASKIRAH

MENDENGAR TASKIRAH

DEWAN SOLAT MASJID

DEWAN SOLAT MASJID